Wanita dalam geologi

Wanita dalam geologi adalah berkenaan dengan sejarah dan sumbangan wanita dalam bidang geologi. Meskipun terdapat sejarah panjang wanita dalam bidang ini, namun mereka cenderung kurang diwakili. Sepanjang era sebelum abad kelapan belas, bidang sains dan sains geologi belum diformalkan seperti abab berikutnya. Oleh itu ahli geologi awal lebih dikenali sebagai pemerhati dan pengumpul tidak formal tidak mengira mereka lelaki atau perempuan. Antara contoh yang jelas pada masa tersebut termasuk Hildegard of Bingen yang menulis karya mengenai batu dan Barbara Uthmann yang menyelia operasi perlombongan selepas kematian suaminya. Puan Uthmann juga merupakan saudara kepada Georg Agricola . Sebagai tambahan kepada nama-nama ini ramai wanita bangsawan juga mempunyai koleksi saintifik batuan atau mineral. [1]

Pada abad kesembilan belas telah muncul kelas ahli geologi profesional baru yang melibatkan wanita. Sepanjang tempoh ini negara British lebih cenderung mempunyai lebih ramai wanita penting yang menyumbang kepada geologi. [2]

Pada tahun 1977 Persatuan Geosains Wanita telah ditubuhkan. [3]

  1. ^ Kölbl-Ebert, M. (September 2001). "On the origin of women geologists by means of social selection: German and British comparison". Episodes. 24 (3): 182–193. doi:10.18814/epiiugs/2001/v24i3/005. Dicapai pada 11 June 2015.
  2. ^ Creese, Mary R. S.; Creese, Thomas M. (5 January 2009). "British women who contributed to research in the geological sciences in the nineteenth century". The British Journal for the History of Science. 27 (1): 23. doi:10.1017/S0007087400031654.
  3. ^ "Iowa State University" (PDF). Dicapai pada 2018-08-08.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search